Monday, September 29, 2008

ORANG MELAYU PERLU UBAH MENTALITI DAN PEMIKIRAN



Melayu adalah satu nama yanggah dan terkenal suatu ketika dulu, Melayu yang berasal dari asia memang satu bangsa yang kuat satu ketika dulu hingga ada yang mengatakan bahawa Orang Melayu mempunyai empayarnya sendiri




Tetapi sekarang Melayu de Malaysia di kenali sebagai ME-yang LAYU, Kenapa? ingin saya tanya kan soalan ini kepada pemimpin melayu tidak kira dari parti mana pun. Yang saya peliknya sekarang bila sebut orang MELAYU, kebanyakkan akan kaitka dengan UMNO, dan ISLAM pula akan di kaitkan dengan PAS, Bagaimana pula dengan MELAYU DAN ISLAM dalam KEADILAN?


Apa yang saya nampak ilah orang melayu tidak boleh menerima pemimpin dari luar, contoh yang paling kita nampak ialah ketika Pilihanraya Umum yang Ke-12 yang penuh dengan kejatuhan di mana kita nampak MELAYU dalam Dilema.






Apa yang menarik bagi saya, kaum cina boleh menerima pemimpin dari luar seperti contoh ialah LIM GUAN ENG(KETUA MENTERI PULAU PINANG) di mana beliau ini adalah orang Melaka yang bertanding di Pulau Pinang dan menang hingga di angkat menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, lain pula bagi orang Melayu, di mana mereka inginkan pemimpin mereka ada di samping mereka tak boleh kemana-mana Mengapa?










Saya ingat lagi, sekumpulan Pemuda UMNO, di Perak mengatakan bahawa jika ingin menjadi ketua Pemuda perlu ada di Kawasan dan tak boleh pergi kemana-mana,perlulah menjaga kebajikan kami disini, mengapa terjadi sedemikian?



Bukan sahaja di Pihak UMNO, di Pihak KEADILAN juga ada bukti mentaliti orang Melayu itu sendiri di mana Anwar Ibrahin juga bertanding di kawasan yang pernah beliau takluki iaitu di Permatang Pauh kerana di situlah dia berani kerana orang Melayu di sana menyokong Anwar, Mengapa Anwar tidak bertanding di luar Kawasan dari Permatang Pauh?

Satu lagi mentaliti orang Melayu yang kita nampak ialah di KELANTAN, di mana Kelantan mempunyai ramai orang Melayu disana dan mereka hanya akan menyokong orang yang mereka nampak tiap-tiap hari dan kesannya ialah KELANTAN adalah Negeri yang paling mundur di Malaysia.Orang Melayu sekarang makin hari makin lemah, kerana apa di kesalkan adalah hanya tahu untuk bergosip dan tidak tahu untuk memajukan diri mereka sendiri, sedih saya melihat orang Melayu sebegitu.

Melayu perlu berubah demi bangsa dan tanah air, dan perlu mempertahankannya dengan apa cari sekali pun. Jadi apa yang perlu ialah Orang Melayu perlu ubah mentaliti mereka sendiri untuk mengubah haluan mereka.

RYAN ISKANDAR

1 comment:

Anonymous said...

Social contract perlu ditamatkan. Social contact adalah kesenambungan penjajahan