Saturday, October 4, 2008

HINDRAF KURANG AJAR, JANGAN INGAT ORANG MELAYU SENYAP TANDA TAKUT!


Pada Hari Raya Aidilfitri ke-2, sekumpulan penyokong Hindraf telah bertindak menyerahkan patung beruang dan kad hari raya semasa majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan anggota kabinet. Kad raya yang diserahkan meminta Perdana Menteri membebaskan beberapa pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA. Mengapa semasa Hari Raya Aidilfitri pun Hindraf datang dengan cara yang kurang ajar begini?

Kumpulan Hindraf ini terlalu kurang ajar hingga mencemari Majlis Rumah Terbuka yang di adakan oleh pemimpin negara, sudahlah datang tanpa di jemput kemudian buat hal pula. Mengapa orang melayu duduk diam sahaja? Apa tindakan yang di ambil oleh Hindraf?

Hari Raya (bulan Syawal) adalah bulan yang mulia bagi umat islam dan bulan ini adalah bulan kemenangan dan bulan kemaafan, tetapi jangan pula ingin mengambil kesempatan terhadap bulan yag mulia ini.

Diharap Hindraf sedar akan ke dududukan mereka dan jangan sangat keterlaluan dan jangan ingat orang melayu senyap tanda takut.

RYAN ISKANDAR
Presiden
Gerakan Belia Melayu Merdeka

No comments: