Thursday, October 9, 2008

SIAPA SELEPAS INI?

(Gambar: Pak Lah dan Najib senyum sinis apabila di umumkan untuk menyerahkan jawatannya kepada Timbalan beliau.

Tetapi Apakah Najib akan melakukan yang terbaik untuk BN? Sekarang ini kita lihat bahawa Pak lah jatuh bukan sebab beliau tetapi di sebabkan oleh orang kelilingnya, Siapa yang rapat dengan Pak Lah?

Bila Pak Lah mengundur diri, sudah tentu ada kekosongan di tempat nombor 2 dan nombor 3. Siapa yang mahu ke situ? Ada yang beriya iya hendak pada jawatan. Ada pula yang disokong dan diangkat untuk ke sesuatu jawatan. Dalam pemilihan bahagian pada 9 Oktober hingga 9 November ini, ramai yang menawarkan diri untuk berjawatan dalam parti. Jika dilihat baik-baik pada calon-calon jawatan tertentu tersebut, boleh dikatakan majoritinya adalah kalangan yang punyai lesen kontraktor.

Sudah tentu, jawatan yang dimahu ditandingi adalah untuk kelangsungan lesen yang dimiliki. Jawatan perlu sebagai survival lesen. Oleh itu, apakah sesetengah daripada kita mahu jawatan untuk berjuang atau untuk menjadi jutawan? Apa pun niat mereka yang mahukan jawatan, biarlah ianya tidak merosakkan institusi parti. Hari ini ramai orang salahkan parti sebagai tidak relevan, tetapi mereka lupa bahawa parti sebenarnya tidak bersalah. Yang membuatkan parti menjadi sebegitu adalah orang yang berjawatan dalam parti. Oleh itu, pilihlah dengan bijaksana.

RYAN ISKANDAR
Presiden
Gerakan Belia Melayu

No comments: