Monday, September 22, 2008

APA PILIHAN ANDA

ABAH PERGI SAYA GANTI ?


UMUM tahu bahawa persidangan UMNO pada bulan Disember ini dan sekarang masa untuk melobi sudah bermula, dari pemilihan di Cawangan, di Bahagian mahupun di Pusat tak kira yang senior, Pemuda, Puteri dan Wanita.



Pemuda salah satu SAYAP KANAN di dalam UMNO, dan sekarang Ketuanya pula inign meletakkan Jawatan sekaligus ingin merebut Jawatan yang lebih tinggi dalam Parti iaitu Naib Presiden.





(Gambar: MUKHRIZ yang bersalaman dengan Hishamuddin)




Ramai calon-calon yang melobi sekarang tak kurang yang menggunakan duit, yang menggunakan air liur, yang memberi projek dan juga ada yang tak menyekat kemaraan lawan dengan memberi arahan supaya tidak berjumpa dengan sipolan-sipolan ini, mentang-mentang orang kedua dalam PEMUDA sekarang nak sekat-sekat orang pula.






(GAMBAR:KESIAN KHAIRY MENANGIS)



Bagi orang nombor dua di dalam PEMUDA yang memenangi kerusi Parlimen di REMBAU, telah kalah di KELANTAN pada Pilihanraya yang lepas apabila menantu Pak lah ini mengisytiharkan perang pada PAS di Kelantan tetapi akhirnya kalah di tangan orang islam juga, kenapa perlu isytihar perang dengan orang islam di KELANTAN sedangkan Negeri yang diduduki beliau pun kalah (SELANGOR).

(Gambar: Politik PEMUDA UMNO Sekarang ialah politik isi perut bukan politik perjuangan lagi-lagi bekas pelajar dari luar negara)


Sekarang ini pula dah UMUM untuk bertanding Jawatan KETUA PEMUDA UMNO pula, hancurlah belia-belia melayu kita kerana sekarang bukan masa untuk bertanding tetapi perlu duduk di meja bulat buat perbincangan mengenai Melayu bukannya berlawan sekarang, Kenapa perlu ada Pertandingan sekarang?
LOKMAN
BIRO PENYELIDIKAN
Gerakan Belia Melayu Merdeka

No comments: