Saturday, September 27, 2008

LEBIH SELAMAT JIKA DI TAHAN ISA



Pada jam 2.55 pagi, 26 September 2008, rumah ibu bapa Teresa Kok telah menerima nota ugutan dan dibaling dengan bom petrol. Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh) menunjukkan nota ugutan dan contoh bom petrol yang dilontar di kediaman ibu bapanya di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Ayahnya Kok Kim Tong, 74, dan ibunya Cecilia Pong, 71 tidak cedera. Bom petrol itu juga tidak meletup.

Bom petrol guna botol mineral? Apa pun, tindakan subversif sebegini tidak seharusnya berlaku. Benci dan marah akibat perselisihan politik tidak perlu disalurkan melalui cara emosi dan keterlaluan. Siapa tahu kejadian ini adalah satu reverse psychology yang sengaja dibuat buat untuk menutup malu? Pada 20 Mei 2008, Karpal Singh juga pernah kena nota amaran dan peluru hidup. Sekali imbas semua akan menyangka pihak parti yang bertentangan yang buat. Rupa-rupanya orang PAS yang buat. Jangan mudah menuduh, siasatan menyeluruh akan membuktikan siapa sebenarnya yang buat.

Apakah Teresa Kok dalam bahaya kerana perselisihan faham akibat politik, bukankah lebih selamat jika Teresa Kok dalam jagaan polis (ISA), ini tidak Teresa telah membahayakan dirinya sendiri.

Apakah tindakan polis yang di katakan melayan seperti seekor anjing itu itu telah membuat satu tindakann yang salah, bukankah polis menahan Teresa kerana risaukan keselamatan Ahli Parlimen Pasir Putih itu. Tetapi Teresa menyalahkan polis dan mengatakan di layan seperti seekor anjing.

No comments: