Sunday, September 21, 2008

PARTI ISLAM PECAH AKIBAT ORANG MUNAFIK







Mustapa Ali (Pesuruhjaya PAS Terengganu) akan bersemuka dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) untuk menjelaskan beberapa kekeliruan yang timbul. Ini berikutan teguran terbuka Mustapa Ali terhadap impian kerajaan "916" yang akan dibentuk oleh Anwar Ibrahim dalam Harakah pada 10 September 2008.



Dalam satu wawancara ekslusif bersama Harakah, Mustafa yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat mendakwa pertukaran kerajaan pada 16 September tidak menjadi kenyataan. Ekoran itu, Nik Abdul Aziz menegur kenyataan Mustafa Ali kerana dianggap bertentangan dengan keputusan yang dicapai pada muktamar di Ipoh Ogos lalu.







Gambar: Teguran Nik Aziz kepada Mustapa Ali dalam Harakah bil 1376, 19-21 September 2008). Jelasnya PAS tidak mahu terheret sekali masuk dalam perangkap yang dibina oleh Anwar Ibrahim. Sudah ramai yang mempertikaikan punca dan sebab tidak jadinya kerajaan 16 September seperti yang dijanjikan oleh Anwar Ibrahim. Ramai yang hilang keyakinan dengan Pakatan Rakyat bila Anwar sekali lagi mengambil sikap "pusing keliling" dan menyalahkan orang lain sebagai alasan kegagalan yang beliau sendiri hadapi.
(Gambar: TUNGGU SAPE BANG? Husam menanti kerusi kosong di sebelahnya yang menjadi tempat Anwar Ibrahim dalam satu ceramah di Seberang Jaya. Husam amat setia sekali dengan Anwar, mengapa?). Sokongan PAS terhadap impian Anwar mula menampakkan kemerosotan bila pemimpin-pemimpin utama PAS tidak hadir pada 15 September di Stadium Kelana Jaya untuk sambutan Hari Malaysia.



Hanya kumpulan Erdagon yang diketuai Husam didapati hadir. Ini menyerlahkan lagi bahawa ada kalangan ahli PAS sendiri sudah tidak mahu terbabit dalam game Anwar Ibrahim. Kenyataan pahit yang dikeluarkan oleh Haji Hadi Awang bahawa jangan menjadi seperti Mat Jenin, Mohd Sabu dan Mustapa Ali yang menyatakan tidak yakin dengan kerajaan 16 September hanyalah untuk menyelamatkan PAS daripada kehilangan sokongan akar umbi.





(Gambar: Husam masih lagi setia di sisi Anwar dalam satu program ceramah di Seberang Jaya. Mengapa Mustapa Kamil Ayub, Naib Presiden PKR) hanya duduk di barisan belakang sahaja? Ada sesuatu yang istimewa antara Anwar dan Husam hingga mengenepikan Azmin?).




Ahli biasa dalam PAS sedar wujudnya kem antara ulama dan profesional dalam PAS. Bila Anwar menerajui semula pembangkang, kem ulama yang terdiri daripada Mustapa Ali, Haron Din, Haron Taib dan Nasaruddin Mohd Isa seakan dipinggirkan.




Ahli ahli PAS sendiri sedar Tuan Guru Nik Aziz sekarang sudah dikepung oleh puak puak profesional yang diketuai oleh Husam Musa bersama dengan Kamaruddin Jaafar, Salahuddin Ayub, Dr Hatta Ramli dan Dr Zulkifli Ahmad. Jika Mustapa Ali tidak menyatakan kenyataan yang pahit terhadap "916", sokongan orang PAS akan mulai goyah disebabkan PAS pun dilihat seolah bersikap "yes boss" kepada Anwar. Mengiyakan apa apa saja termasuklah angan angan Anwar.


(Gambar: Dua keadaan dan sambutan yang berbeza dalam majlis solat terawih. Mengapa kurang sambutan masyarakat Islam di Stadium Kelana Jaya?). Mustapa terpaksa melawan arus semata mata untuk selamatkan maruah PAS. Haji Hadi sendiri belum yakin apakah Anwar akan jadikan negara Islam sebagai teras kerajaan barunya. Keraguan ini timbul kerana PAS sendiri seolah terpaksa mengikut rentak yang dicipta oleh Anwar sendiri. Dalam masa yang sama, Anwar dilihat bersikap terlalu terbuka kepada kaum bukan Islam dan sanggup menawarkan apa sahaja untuk menagih populariti dan undi.


(Gambar: Tahniah kumpulan ulama kerana menang di DUN Sanglang. Bila menang tiada siapa nak sebut mahkamah berlaku adil?). Akhirnya, ahli-ahli PAS sendiri sudah menolak Anwar selaku pemimpin Pakatan Rakyat bila mereka sendiri mahukan Haji Hadi Awang sebagai bakal Perdana Menteri. Apakah suara-suara yang mahukan Haji Hadi itu hadir dari kem ulama? Suara itu mahu selamatkan rumahtangga PAS daripada terus bergelora melayan cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri. Mereka tidak mahu PAS dikuasai secara diam oleh orang orang Anwar.



No comments: