Monday, November 17, 2008


DULU PAS KAFIRKAN UMNO, SEKARANG PAS BERSAMA DAP=SYAITAN




"DAP dan Syaitan sama sahaja", itulah kata-kata yang terkelur dari mulut Nik Aziz satu ketika dulu, tapi dalam cakap-cakap begitu pun Niz Aziz boleh bersalam juga si syaitan ini. Ianya amat bertentangan sekali dengan Hukum Dewan Ulama' PAS.

Lain pula dengan hukum Dewan Ulama’ PAS Kelantan 1963: “Orang-orang Islam yang berkongsi kuasa dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram”. Kenyataan ini pernah dikeluarkan oleh pemimpin PAS.





Lain pula dengan DAP, DAP mengatakan bahawa DAP dan PAS adalah adik beradik, kenyataan Wong Kar Woh menyatakan bahawa berdasarkan tafsiran ayat 12, Surah Al-Hujurat, "kita semua adalah adik beradik". DAP sudah jadi adik beradik PAS? Kalau sudah jadi adik-beradik, tak perlu lah PAS langkah mayat DAP dulu untuk buat Negara Islam. "Takmuru nabil maaruf watan hau anil mungkar". Bagaimana pula dengan gesaan agar negeri Perak membatalkan lesen GRO luar negara dan ungkapan seks sebagai satu sedekah?


Tapi sekarang apa yang terjadi dengan negeri-negeri Syaitan ini? Syaitan-syaitan boleh duduk semeja dengan orang Pas dan mengatakan bahawa mereka adalah Adik-beradik tak pelik jadinya apabila PAS yang mengkafirkan orang Islam boleh bersekeduduan dengan SYAITAN.








Nampaknya DAP lebih pandai bermain dengan ayat-ayat Quran lebih dari pemimpin-pemimpin PAS yang nampaknya bodoh dan buta Quran dan pemimpin-pemimpin PAS lebih lembut dengan SYAITAN-SAITAN kafir ini dari orang islamnya sendiri.


Mungkin hasrat PAS untuk mentadbir negara islam dengan menhalalkan yang haram dan mengkafirkan orang sesuka hati suatu harinanti, adakah PAS tidak perasan bahawa mereka sekarang sedang di tadbir oleh syaitan-syaitan dan contoh yang terbaik adalah di PERAK.


Bila PAS mahu dibuka kepada bukan Islam, apakah boleh terpakai lagi hukum mengkafirkan UMNO di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981?






Pada waktu itu, Haji Hadi mengatakan "Pas menentang Umno bukan kerana namanya Umno, tetapi kerana Umno mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir dan mengekalkan peraturan jahiliah. Disebabkan itu, perjuangan menentang Umno adalah jihad dan jika mereka mati dalam perjuangan itu, mati mereka adalah mati syahid."



Siasah Daily melaporkan bahawa hasrat untuk membolehkan orang bukan Islam menyertai PAS bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi apabila retreat PAS di Langkawi meluluskan kertas pelaksanaannya

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, "ia patut disegerakan" manakala Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, "sudah sampai masanya." Nik Aziz dan Haji Hadi nampaknya sudah menghalalkan semua yang dulunya dianggap haram. Diharap Ustaz Azizan Razak (Menteri Besar Kedah) tidak bersetuju dengan kenyataan Nik Aziz dan Haji Hadi ini. Jika tidak, perjuangan PAS akan lari. Tinggallah PAS pada nama sahaja, setelah dijajah oleh golongan-golongan Erdagon tajaan Anwar Ibrahim.





(Gambar: Terima kasih tok guru sebab bagi green light

Nampaknya sukalah MB Perak sebab boleh terima sedekah untuk memuaskan nafsunya selain dari bininya yang berada di rumah.

Wednesday, November 5, 2008

SYABAS GGMM, TERUSKAN PERJUANAGAN MU


Nik Rizman (tengah, Exco GGMM) bersama dengan barisan ahli GGMM yang turut serta turun ketika GGMM menyaman kerajaan DAP Pulau Pinang pada 4 November 2008 di Mahkamah Tinggi, Pulau Pinang.(Gambar: Presiden GGMM turun bersama membakar semangat


(Gambar: Orang luar yang pelik)

Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) atau Young Malay Graduates Federation pada jam 2 petang, 4 November 2008 telah menyaman kerajaan DAP negeri Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang berhubung papan tanda tri-bahasa yang ingin didirikan di kawasan tapak warisan sejarah Pulau Pinang. Nik Rizman Sapian (AJK GGMM, seorang usahawan dari Kuala Lipis Pahang) telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Nik Rizman dengan diwakili oleh Sharihan Jani dari Tetuan Sahrihan & Hamdan, dengan menamakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebagai defendan pertama dan kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai defendan kedua. Seramai 200 anggota GGMM mengadakan perarakan secara aman dari Padang Kota Lama menuju ke perkarangan Mahkamah Tinggi.